Monday, April 7, 2008

PENYIASATAN TAPAK DAN TANAH

10.1.0 TUJUAN PENYIASATAN TAPAK DAN TANAH

10.1.1 KEPENTINGAN PENYIASATAN TAPAK;

Penyiasatan tapak adalah merupakan proses yang sangat penting di dalam sesuatu pembangunan projek.Ini adalah kerana ia membolehkan pihak yang terlibat dalam rekabentuk dan pembinaan dapat mengenalpasti perkara sebenar di tapak dan segala masalah yang mungkin dihadapi agar struktur yang baik,ekonomi dan selamat dapat dibina.

Penyiasatan tapak yang tidak dijalankan dengan sewajarnya kebiasaannya akan mengakibatkan kerosakkan kepada struktur seperti keretakkan pada bahagian dinding,lantai,struktur terbenam dan sebagainya.Ini menyebabkan struktur yang telah siap dibina atau hampir siap terpaksa dirobohkan dan dibina semula.Ini mengakibatkan kerugian dari segi kewangan,masa dan tenaga di samping membahayakan keselamatan bangunan dan orang ramai yang menggunakannya.

Di samping itu juga kesesuaian sesuatu jenis bangunan /projek pembangunan dengan kedudukan tapak mestilah difikirkan dengan teliti.Ini akan melibatkan kemudahan awam yang terdapat, penduduk sekitar,faktor sejarah, keadaan sekeliling dan sebagainya.Ini adalah untuk mengelakkan daripada sesuatu projek mengalami masalah seperti kesukaran perhubungan,masalah sosial dan sebagainya.

Sebagai contoh, penyiasatan penting bagi membuktikan kebenaran dan mengembangkan maklumat yang ada.Dalam kerja pembinaan,bagi kerja pengorekkan,perlulah diketahui tentang lapisan bawah tanah dan keadaan air di dalam tanah bagi tujuan kesukaran untuk mengeluarkan bahan korekan,tebing korekan perlu sokongan atau tidak,aras air dalam

tanah perlu direndahkan serta keadaan semulajadi bahan yang dikorek akan berubah atau tidak.

10.1.2 OBJEKTIF PENYIASATAN TAPAK

Objektif utama penyiasatan tapak adalah seperti berikut:

a) Kesesuaian (suitability)-menentukan kesesuaian tapak dan keadaan sekililing dengan kerja yang dicadangkan.

b) Rekabentuk (design)-membolehkan rekabentuk yang sesuai dan ekonomi disediakan termasuk rekabentuk kerja sementara (temporary work) dan teknik baikpulih tanah (soil improvement).

c) Pembinaan (Construction)-merancang kaedah pembinaan yang terbaik sekali dan mengenalpasti segala kesulitan dan kelewatan yang mungkin tejadi disebabkan keadaan tanah dan keadaan sekeliling.Dalam keadaan-keadaan tertentu,untuk mencari punca bahan-bahan yang boleh digunakan untuk pembinaan dan memilih tapak untuk bahan-bahan buangan.

d) Kesan perubahan (effect of changes)-menentukan perubahan yang mungkin terjadi pada tanah dan kawasan setempat samada terjadi dengan sendirinya atau disebabkan kerja–kerja baru yang dijalankan disamping menentukan kesan perubahan ini pada kerja-kerja yang sedang dijalankan dan kerja-kerja berhampiran.

e) Pemilihan tapak(choice of side)-jika terdapat tapak yang lain,perbandingan kesesuainya di antara satu sama lain hendaklah dipertimbangkan.

f) Mengumpul maklumat berkenaan tanah dan persekitaran untuk menentukan kesesuain projek.

g) Kedudukan tapak mengikut orientasi matahari mempengaruhi pengcahayaan.

h) Pemandangan sekeliling mempengaruhi harga pasaran

i) Meninjau kemudahan awam yang terdapat di persekitaran atau kawasan berdekatan.

No comments: